WORCESTERSHIRE: Sebuah perhimpunan khas untuk mereka yang bernama Nigel diadakan di Fleece Inn, Worcestershire baru-baru ini.

Acara yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan hangat dan dihadiri 433 individu bernama Nigel dan dianjurkan oleh pemilik hotel Nigel Smith, 56.

Tujuannya mengadakan perjumpaan adalah untuk bertukar cerita tentang pengalaman masing-masing dan meraikan nama Nigel.

Dia mula merancang perhimpunan ini selepas terkejut mendengar bahawa pada 2016, tiada bayi yang lahir pada tahun tersebut yang diberi nama Nigel.

Semua Nigel yang hadir dikehendaki mengesahkan nama mereka melalui kad pengenalan atau lesen memandu.

Mereka kemudian diberikan lencana Nigel dan diberikan minuman percuma.