UNITED KINGDOM: Doktor di UK baru-baru ini dikejutkan dengan kes remaja yang hilang penglihatan, dikatakan berpunca daripada terlalu kerap makan kentang goreng, kerepek kentang dan daging yang diproses serta roti bantal.

Remaja tersebut dikatakan makan makanan ini sejak dia di sekolah menengah.

Keluarganya mendakwa dia memilih makanan dan tidak gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran.

Ketika berusia 14 tahun dia dibawa berjumpa doktor kerana sentiasa tidak sihat dan cepat penat.

Doktor memberitahu dia kekurangan vitamin.

Biarpun diberi nasihat serta mengambil vitamin, remaja itu tidak mengendahkan nasihat doktor berkenaan.

Kini setelah tiga tahun berlalu, keadaannya matanya semakin teruk sehingga dia terpaksa berhenti dari kolej.

Dia juga kehilangan banyak zat dalam tulangnya menyebabkan dia sentiasa lemah dan keletihan.

Doktor memberinya vitamin, namun dietnya tetap tidak berubah, dia masih makan kentang goreng dan kerepek kentang.