Friday, October 7, 2022

23 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Malang tidak berbau.

Satu kejadian kebakaran di Kampung Sungai Bedil di sini, petang  semalam menyebabkan lima buah rumah terbakar mengakibatkan 23 penghuni daripada tujuh keluarga hilang tempat tinggal.

Kebakaran  berjaya dikawal pada 3.50 petang daripada merebak dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dilaporkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.10 petang.

Anggota bomba terus bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan pemadaman.

Kebakaran melibatkan empat buah rumah terbakar 100 peratus dan sebuah rumah terbakar 80 peratus. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra jaya Azaharul Sahari berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Operasi pemadaman dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra jaya, dan dibantu oleh BBP Padungan dan Tabuan Jaya. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru