MUKAH: Seramai 362 orang peserta berjaya menamatkan Eksa Green Run Pejabat Pendidikan Daerah Daro yang julung kali diadakan.

Pelepasan larian telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Miskinah Bt. Arshad.

Larian sepanjang 5km tersebut bermula di hadapan Pejabat PPD Daro yang kemudiannya merentasi sepanjang Pasar Daro.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi membudayakan gaya hidup sihat di kalangan warga pendidik, pelajar dan masyarakat setempat.

Selain itu, program ini boleh menjadi platform bagi menzahirkan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Daro terhadap Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) serta memperluaskan pengetahuan masyarakat setempat terhadap EKSA.

“Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suasana harmoni bagi memudahkan interaksi dan komunikasi antara warga Pendidik Daerah Daro dengan masyarakat setempat,” ujar Miskinah.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Omar Bin Ramain,  Pengetua-pengetua, Guru Besar – guru besar, guru-guru, warga pendidik dan masyarakat setempat.