KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merumuskan lima faktor yang menjadi daya tarikan pelancong ke Sarawak ialah budaya, pengembaraan, alam, makanan dan perayaan.

Untuk itu, menurut Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Kerajaan Sarawak melalui kementerian diterajuinya komited untuk membawa industri pelancongan ke tahap lebih tinggi ketika ia menyasarkan lima juta pelancong pada tahun ini.

“Hingga Ogos tahun ini, jumlah pelancong ke Sarawak mencatat 2.9 juta,’ katanya di sini, semalam.

Beliau mengakui bahawa pelancong domestik dan Singapura meningkat manakala jumlah pelancong dari China menurun.

“Kita mahu melihat Sarawak berada pada tempat yang lebih baik terutamanya dalam industri pelancongan,” katanya.