KUCHING: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bagi menggalakkan lagi orang ramai bersukan, kementeriannya akan membina sembilan lagi kompleks sukan di beberapa kawasan di dalam dan di luar bandar di negeri ini.

“Daripada sembilan kompleks sukan itu, ada yang telah dibina dan akan dibina untuk kemudahan penduduk beriadah dan bersukan sekali gus dapat mengamalkan cara hidup yang sihat,” katanya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan  berkata demikikian dalam ucapan perasmian BSN di sini semalam.

Jelasnya lagi, Kerajaan Sarawak sentiasa memikirkan sesuatu yang baharu dalam merancang program sukan dan kecergasan rakyat pelbagai peringkat di negeri ini.

“Saya menggesa supaya rakyat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan sukan dan riadah disediakan di kompleks sukan daerah di seluruh negeri,” katanya.