MIRI: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting meninjau projek Pantai Tusan yang bertujuan untuk memudahkan pengunjung ke kawasan tarikan pelancong itu baru-baru ini.

Pantai Tusan merupakan satu daripada destinasi  pelancongan yang semakin memikat dalam kalangan pelawat tempatan dan asing.

Pembinaan projek berkenaan masih lagi berjalan dan dijadualkan siap Februari depan

Ting berharap lebih banyak kemudahan dapat disediakan untuk keselesaan orang ramai yang berkunjung ke kawasan itu.

“Yang penting diharapkan orang ramai tidak mengotorkan kawasan pantai berkenaan. Mereka perlu menjaga kebersihan kawasan demi alam sekitar projek

Kawasan itu nanti antaranya, akan mempunyai tandas awam, gerai dan kawasan parkir.