CASABLANCA: Penerbangan Royal Air Maroc AT526 berlepas dari Conakry, ibu kota Guinea menuju Maghribi 30 September.

Ketika penumpang transit meneruskan perjalanan ke Perancis, seorang lelaki menyelinap masuk dan bersembunyi pada roda pesawat.

Dia dipercayai bertujuan memasuki negara seterusnya secara haram.

Tubuh penumpang itu ditemui tidak bernyawa pada pagi Isnin oleh staf di Lapangan Terbang Mohammed V Casablanca.

Penyiasat percaya lelaki itu meninggal semasa pesawat berlepas dari Conakry ketika suhu turun sehingga -63 darjah Celsius.

Sebuah video memperlihatkan mayat lelaki itu tergantung pada kompartmen roda pendaratan pesawat.

Jun lepas seorang penumpang jatuh dari penerbangan menuju Heathrow di atas sebuah taman di London selatan.

Lelaki itu dipercayai mati beku pada roda penerbangan Kenya Airlines sebelum jatuh dari ketinggian 3,500 kaki.