SYDNEY: Polis Australia menangkap remaja 19 tahun pada malam Selasa lepas didakwa melanggar dan menewaskan 20 kanggaru dengan keretanya.

Kanggaru tersebut ditemui mati pada Ahad bergelimpangan di pinggir jalan Pantai Tura, 540 kilometer dari Sydney.

Polis menjangkakan serangan tindakan remaja tersebut dilakukan sejam pada malam sebelumnya.

Undang-undang New South Wales memperuntukkan pelaku jenayah kejam terhadap binatang berdepan hukuman lima tahun penjara dan denda Aus$22,000 Australia.

Remaja tersebiut dibawa ke pengadilan pada November ini.

Tiga anak kanggaru yang selamat kini dirawat.