Kegagalan PH menjawab kenapa gagal memberi pulangan 20% royalti minyak dan gas seperti janji PRU 14 mereka yang lalu adalah bukti jelas kepada rakyat bahawa mereka bukanlah golongan cerdik pandai yang layak mentadbir negara apatah lagi negeri ini. Ternyata mereka sangat lemah dari sudut bersuara dalam kerajaan pusat untuk mengembalikan hak rakyat Sarawak.

Peringatan ini perlu diingat oleh rakyat Sarawak bahawa PH bukanlah sebenarnya memberi sinar harapan, malah merekalah yang menghancurkan harapan. Bukan setakat itu, janji penghapusan PTPTN juga telah dimungkiri dan kini, royalti pula. Mereka sedang enak menikmati elaun sebagai menteri namun tidak mungkin mereka merasai kesengsaraan rakyat Sarawak kini. Malah kita kini diletak dalam situasi pemecahan komuniti dengan lantikan MPKK oleh mereka.

PAS akan berusaha melalui wakil rakyatnya di parlimen akan bersuara untuk mempertahankan hak Sarawak sebagai rakan pembangkang di parlimen. Rakyat diingatkan agar terus bersatu hati memberi sokongan terhadap usaha GPS sebagai kerajaan negeri dan tidak lagi terpedaya dengan janji serta sandiwara PH

PAS Sarawak melihat perlunya pemerkasaan hak negeri-negeri dalam persekutuan khususnya Sarawak terutama sssuai dengan peruntukan perlembagaan agar kisah dongeng seperti pemberian royalti dengan syarat oleh PH tidak sewenangnya dikemukakan oleh PH Sarawak. Kestabilan keupayaan fiskal negeri penting bagi memastikan jurang sosio ekonomi peduduk dirapatkan.

Zharudin Narudin
Ketua Penerangan PAS Sarawak