Sebuah kedai makan di Dublin dikenali sebagai Applegreen terpaksa ditutup sementara waktu gara-gara seekor tikus.

Sebuah video tular merakamkan aksi seekor tikus yang dilihat keluar dari sebantal roti yang dijual di kedai tersebut.

Tikus tersebut kemudiannya menghilangkan diri di sebalik oven di kedai itu.

Kedai ini merupakan kedai makan yang terletak di stesen minyak.

Pihak pengurusan memberitahu ekoran video itu mereka terpaksa menutup kedai tersebut untuk sementara waktu bagi tujuan pembersihan.

Video tular itu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai yang sebahagian besarnya mengecam pihak pengurusan kerana gagal menjaga kebersihan premis tersebut.