SOCHI RUSIA: Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes memecat empat kakitangannya berikutan kes buli beransur perkauman.

Memetik Reuters, juara dunia lima kali, Lewis Hamilton berketurunan Caribbean menentang isu rasis itu mengesahkan pemecatan empat kakitangan tersebut menerusi satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, individu itu dipecat sejak 2 Ogos lalu berikutan tidak mematuhi dasar kepelbagaian dan kesamarataan syarikat.

“Kami mengutuk sekerasnya kelakuan ini dan bertindak segera selepas menerima aduan. Kami menghargai kepelbagaian kakitangan kerana ia sumber kekuatan pasukan,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, akhbar The Sun melaporkan terdapat kempen buli perkauman terhadap seorang pekerja muslim di ibu pejabat pasukan itu di Brackley.

Hamilton yang lantang bersuara pengalaman perkauman yang pernah dihadapinya menggesa lebih banyak tentangan dilakukan terhadap semua lapisan masyarakat.

Sebelum ini, pemain bola sepak England dilaporkan diejek ketika menentang Montenegro pada perlawanan kelayakan Euro 2020 pada Mac lalu.

“Ia tidak sepatutnya berlaku di mana-mana. Tindakan sepatutnya diambil dan kita perlu lebih tegas,” kata Hamilton.