Monday, June 27, 2022

Pembangunan infrastruktur  di luar bandar Sarawak terus dipacu

Secara Rawak

TATAU: Kerajaan Sarawak terus membawa pembangunan ke kawasan luar bandar dengan pelaksanaan projek terbaharu iaitu pembinaan Jalan Tatau ke Kuala Tatau dan menaik taraf Jalan Kelebu ke Rumah Ado Kakus.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi  Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan jalan yang memakan kos sebanyak RM200 juta itu membuktikan kerajaan negeri mengotakan janji bagi merapatkan hubungan masyarakat luar bandar dengan bandar.

Jelasnya, pembangunan projek infrastruktur amat penting bagi memastikan Sarawak terus maju.

“Rakyat Sarawak harus bersatu padu dan harus mengekalkan keharmonian antara kaum dan harus menolak sebarang anasir luar yang dapat memecahbelahkan perpaduan antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Projek Rakyat Membina Jalan Baharu Tatau ke Kuala Tatau dan Menaik Taraf Jalan Kelebu ke Rumah Ado, Kakus Tatau, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Menteri menegaskan, Kerajaan Sarawak tidak membazir peruntukan kerana segala dana yang diluluskan adalah untuk pembangunan infrastruktur demi rakyat.

Tegas beliau, dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri membazir kerana berbelanja besar sama sekali tidak betul.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru