Sepasang suami isteri yang membeli pakaian di sebuah laman web Belanda mendapat kejutan sebaik sahaja menerima barangan dipesan.

Ini kerana turut disertakan bersama ialah sekotak pil Ecstacy berjumlah 24,800 biji. Mereka berdua membawa pil tersebut ke balai polis.

Pasangan suami isteri berusia 58 dan 59 tahun berasal dari Austria itu memberitahu dua kotak barangan, satu berisi pakaian dan satu kotak lagi berisi pil terbabit dianggarkan bernilai 500,000 euro.

Ejen perisikan Austria menghubungi pihak berkuasa Belanda.

Setelah disiasat lanjut pakej itu sebenarnya tersilap pos ke Austria. Destinasi sebenar barang tersebut ialah Scotland.

Susulan maklumat itu polis Scotland menahan lelaki yang namanya tertera pada kotak tersebut.

Manakala ejen perisikan Belanda pula giat mencari pihak yang menghantar kiriman tersebut.