Sunday, September 25, 2022

Rakyat Tasik Biru terus dijenguk projek pembangunan

Secara Rawak

BAU: Rakyat di kawasan Tasik Biru terus menerima pembangunan menerusi projek transformasi luar bandar (RTP) yang dibawa Kerajaan Sarawak.

Antara projek RTP yang giat dilaksanakan ialah pembinaan sebuah jalan gravel baharu di Kampung Serikin yang memakan kos sebanyak RM200,000.

Manakala di Kampung Stass pula, projek jalan turut giat dibina dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM120,000.

Adun Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep yang melakukan tinjauan projek RTP memberitahu, pembinaan projek-prjek RTP itu membuktikan kerajaan negeri prihatin dengan keperluan masyarakat setempat.

Jelasnya, sokongan yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri telah diterjemahkan dalam bentuk pembangunan. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru