SWEDEN: Seluruh warga sekolah tadika di Kristianstad, Sweden, kecoh apabila menyedari seorang kanak-kanak membawa bersamanya bom tangan ke sekolah.

Kanak-kanak itu dikatakan menemui bom tersebut di padang latihan tentera dan membawanya ke sekolah untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya.

Seorang guru yang melihatnya membawa bom tersebut segera menghubungi polis. Polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa bom tersebut dan mendapati bom itu masih berfungsi.

Mereka menutup kawasan sekolah dan bom terbabit dineutralkan oleh skuad bom beberapa jam kemudian.

Jurucakap polis memberitahu jika kehadiran bom itu lambat diketahui, ia mungkin boleh mengakibatkan kematian apabila meletup.