ANKARA: Penyelam bebas dari Turki berjaya mencatat namanya dalam Buku Rekod Guinness selepas berjalan di dalam air sejauh 267 kaki, 8.6 inci.

Penyelam wanita tersebut, Bilge Clingigiray berjaya memecah rekod dunia dalam kategori wanita, malah turut berjaya menandingi rekod dalam kategori lelaki sejauh 267 kaki, 3.24 inci.

Sebelum ini Clingigiray memegang rekod yang sama dilakukannya pada 2017, iaitu perjalanan sejauh 220 kaki, 4.08 inci.

Bagaimanapun, dia dikalahkan oleh atlet Rusia Marina Kazankova yang melakukannya pada tahun yang sama.

Clingigiray melakukan cubaan terbarunya ini di kolam renang Agaoglu My World di Istanbul.