Friday, December 3, 2021

Jerebu: Lima projek pembenihan awam berjaya

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Lima projek pembenihan awan berjaya dijalankan ketika negara dilanda jerebu, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
Beliau berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin mencatatkan penurunan susulan operasi pembenihan awan itu selain turut disumbangkan oleh perubahan musim.

“Kita juga sedang mengambil beberapa langkah untuk jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita seperti dipetik Bernama, selepas program galakan pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dengan pemberian 20 peratus diskaun bil elektrik, di sini pada Khamis.

Yeo berkata beliau juga akan memberi kenyataan dalam masa terdekat mengenai pelan dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk mengatasi dan menangani masalah jerebu pada masa depan.

Mengenai pembakaran terbuka di Sarawak, walaupun telah diberi amaran, yang memburukkan lagi kualiti udara di negeri itu, Yeo berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) untuk mengambil langkah tambahan bagi membantu mengawal pembakaran terbuka di negeri itu.

“Kebakaran terbuka di Sarawak berada di bawah bidang kuasa NREB, dan kementerian akan bekerjasama dengan mereka untuk memahami masalah dan menyokong kerajaan negeri untuk mengawal pembakaran terbuka di Sarawak,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru