Friday, October 7, 2022

Pesawat mendarat cemas: Penumpang merokok dan meninju kerusi

Secara Rawak

PHOENIX: Penerbangan American Airlines terpaksa mendarat cemas setelah satu jam terbang. Itu dikarenakan ulah seorang penumpang pesawat yang “menggila”.

Penumpang yang bermasalah itu tiba-tiba berteriak ‘Anda semua kacau’ dan mengganggu penerbangan. Apalagi penumpang lelaki itu juga meninju kerusi, meneriaki penumpang lain, dan bahkan merokok.

Terbang dari Phoenix, menurut CNN seperti dipetik detikcom, penerbangan 2408 dijadualkan menuju ke Minneapolis pada hari Jumaat lalu.

“Sekitar satu jam setelah lepas landasan, penumpang nakal itu mulai menggila,” katanya.

Menurutnya, seorang penumpang, Jim Dickey, lelaki itu mulai berteriak dan mengancam penumpang lain.

Jelas Dickey, juruterbang mengumumkan bahawa penerbangan itu akan dialihkan sekitar 20 minit setelah insiden kerana pelakuan penumpang tersebut.
“Penerbangan lantas mendarat di Denver dan lelaki yang bermasalah dikeluarkan dari pesawat oleh aparat penegak hukum,” jelas CNN.

Pada satu peringkat, lelaki itu pergi ke kamar mandi dan dia mulai merokok, kata Dickey.
“Bahkan ketika dia berada di kamar mandi dia berteriak kalian semua kacau,” katanya.

Beberapa penumpang dimintai tolong untuk menahan penumpang itu.
American Airlines mengeluarkan pernyataan yang mengakui bahawa penerbangan itu dialihkan kerana penumpang yang mengganggu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru