Friday, October 7, 2022

Lim Kit Siang: Belia Sarawak benteng ekstremisme agama, kaum

Secara Rawak

KUCHING: Belia Sarawak perlu menggoncangkan Malaysia dengan menunjukkan jalan kepada semua belia Malaysia supaya mempunyai semangat juang menjelang PRU-15.

Menurut pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, belia Sarawak memainkan peranan perintis dalam menggerakkan dan memacu tenaga untuk merealisasikan impian hebat Malaysia.

Katanya, Pilihan Raya Negeri Sarawak merupakan yang pertama terkesan oleh pindaan perlembagaan menurunkan usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, baru-baru ini.

Jelas Kit Siang, belia Sarawak mungkin dapat mengundi dalam PRN ke-12.

PRN-12 dijangka diadakan pada suku alhir tahun depan atau suku pertama 2021.

Katanya dalam satu kenyataan semalam, misi mentransformasikan negara menjadi berkelas dunia dari segi perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti tidak dapat dicapai dalam hanya satu pilihan raya.

Ia, jelasnya merupakan perjuangan jangka panjang selama sedekad atau lebih.

“Terutama selepas kemerosotan kerajaan terdahulu yang menjadikan Malaysia sebagai klepotkrasi global,” katanya lagi.

Beliau menggesa belia Sarawak menjadi agen perubahan bagi menyelamatkan negara daripada ekstremisme, korupsi, dan sikap tidak toleran dari segi kaum dan agama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru