Saturday, August 20, 2022

Abang Johari: China pasaran besar untuk produk Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Hubungan baik antara China dengan Malaysia membolehkan Sarawak berkongsi kemakmuran ekonomi negara 1.3 bilion itu.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, memandangkan Sarawak mempunyai hanya sekitar 2.8 penduduk, maka langkah terbaik untuk ke hadapan adalah dengan melihat  potensi pasaran lebih luas di negara lain.

“Dengan penduduk lebih satu bilion, China sudah pasti merupakan pasaran besar untuk produk Sarawak. Kita di Sarawak diharap dapat meraih manfaat e-perniagaan dengan menjual produk kita ke China, terutama bahan makanan seperti durian, nanas, pisang, dan ikan Empurau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian sempena Majlis Makan Malam Sambutan Ke-70 Republik Rakyat China di sebuah hotel di sini malam tadi.

Abang Johari berkata, China merupakan rakan dagang utama Sarawak dengan nilai dagang mencecah RM18.91 bilion tahun 2018 mewakili 13.1 peratus daripada keseluruhan nilai dagangan negeri ini.

Menurutnya, eksport ke Chia tahun lalu bernilai RM12.07 bilion dan eksport, RM6.8 bilion.

Eksport utama Sarawak ialah petrol dan gas, produk petroleum, minyak sawit, balak dan produk kayu, serta komponen elektrik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru