SIBU: Majlis Tilawah Al-Quran Zon 1 Daerah Sibu anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sibu dan Surau Darul Taqwa, Taman Rejang mendapat sambutan meriah.

Majlis yang diadakan di Surau Darul Taqwa selama dua hari ini disertai oleh 13 orang peserta dimana 10 orang merupakan peserta lelaki bagi kategori Qari dan tiga orang perempuan bagi kategori Qariah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Surau Darul Taqwa , Kiprawi Johan berkata, “Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar , walaupun dalam masa yang singkat, tetapi jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program ini.”

“13 peserta ini telah berebut peluang untuk mewakili Zon Sibu ke peringkat seterus iaitu peringkat negeri kelak bagi kategori Qari dan Qariah,” jelasnya ketika ditemubual oleh wartawan SarawakVoice selepas acara penyampaian hadiah semalam.

Tambahnya, ” Penduduk setempat pun turut memberikan sambutan kepada majlis ini dengan menghadiri acara yang dilangsung di Surau ini.

Johan bagi Kategori Qari ialah Noh Bin Mat Wajid dan Johan bagi Kategori Qariah ialah Masjuita Binti Mohamad Rajeni dan acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Surau Darul Taqwa, Kiprawi Johan.

Pengerusi Surau Darul Taqwa , Kiprawi Johan