SINGAPURA:  Tidak dapat mengadakan hubungan seks hidup-hidup dengan wanita itu, lelaki, seorang rakyat Malaysia dilaporkan sanggup  menyetubuhi mayat mangsa selepas dibunuhnya.

Lelaki  itu menjadi bahan pembicaraan setelah kes kejahatan yang dilakukannya pada 2016 yang dibicarakan di persidangan lanjutan, Rabu.

Boh Soon Ho, 51, diadili atas kes pembunuhan yang mengorbankan Zhang Huaxiang, 28, seorang dari Republik Rakyat China.

Pelaku dan korban bertemu dan saling mengenal di Singapura.

Boh membunuh Zhang kerana cemburu. Pelaku bahkan nekad mencuba menyetubuhi  mayat korban setelah dia dibunuh.

Gambar hiasan

Menurut The Straits Times, pembunuhan itu berlaku pada 21 Mac 2016 silam.

Boh dengan Zhang saat kedua-duanya sama-sama bekerja di sebuah kafe di hotel di Singapura pada 2011.

Ketika itu  Zhang, lapor Kompas,  penerima biasiswa pemerintah Singapura pada tahun 2009, bekerja separuh masa  di kafe.

Zhang belajar dalam jurusan ilmu kejururawatan.

“Seiring berjalannya waktu, Boh dan Zhang semakin akrab dan kerap pergi bersama. Lelaki itu pun jatuh hati pada perempuan yang terpaut 20 tahun lebih muda itu,” kata laporan itu.

Boh menganggap Zhang sebagai kekasihnya, namun perempuan itu menganggapnya hanya sebagai teman biasa.

Kegelisahan Boh mulai muncul setelah Zhang menjadi semakin jauh darinya dan dia pun mulai sering mengamati Zhang di apartmen tempat tinggalnya. Pada 18 Mac 2016, Boh melihat Zhang keluar dari apartmen bersama-sama dengan seorang lelaki hingga rasa cemburu menguasai dirinya.