JAKARTA: Sebanyak 29 orang dihukum empat bulan tiga hari penjara oleh majlis hakim kerana mereka terbukti bersalah membantu perusuh di sini pada 22 Mei disebabkan memberi berupa air minum hingga air untuk membasuh muka saat kerusuhan pecah.

Rusuhan itu berlaku apabila penyokong calon Presiden yang tewas dalam pemilihan 17 April, Prabowo Subianto, merusuh dan menyerang polis. Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam rusuhan itu dan ratusan lagi luka, termasuk luka parah.

“Mengadili, menyatakan terdakwa telah terbukti melakukan tindak pidana,” ujar hakim ketua Wadji Pramono di PN Jakarta Pusat, Jl Bungur Raya seperti dipetik detik.com,

“Ke-29 orang ini diketahui bekerja di kantor yang sama sebagai satpam, cleaning service hingga teknisi gedung,’ katanya.

Air cuci muka itu digunakan untuk para perusuh membasuh muka saat dilempari gas air mata oleh polis.

Perbuatan 29 orang ini disebut hakim salah kerana telah membantu penunjuk perasaan pada 22 Mei 2019.

Padahal tunjuk perasaan yang kemudiannya mencetuskan kerusuhan itu tidak memiliki surat izin dari kepolisian.

Selepas sidang, kuasa hukum Achmad Husni, Oky Wiratama mengaku menyesalkan pertimbangan hakim yang tidak sesuai fakta persidangan. Sebab itu, seharusnya mereka dibebaskan oleh majlis hakim.

“Air tidak relevan kerana air tidak digunakan massa untuk menyerang. Harusnya diputus bebas kerana air tidak digunakan secara langsung oleh pihak masa aksi untuk menyerang. Jadi harusnya diputus bebas menurut saya, kerana tidak terbukti,” kata Oky Wiratama.