CHANGCHUN: Zhang dari Jilin, China menggunakan 2,000 bungkus mi segera untuk membangunkan rumah mainan buat anaknya yang belum lahir.

Kepada wartawan Zhang memberitahu empat hari dia membangunkan rumah mainannya itu.

Menurut Zhang rakannya pengusaha mi segera dan dia mendapat mi tersebut dari kilang rakannya itu.

Memberitahu China Daily pada Rabu Zhang berkata dia mengambil mi dari kilang tersebut mengelak ia dibuang.

Zhang berkata dia penggemar mi segera, tetapi menghabiskan 2,000 bungkus adalah keterlaluan, justeru dia menggunakannya sebagai bahan mendirikan rumah mainan tersebut.

Kabin rumah mainan itu sepanjang satu meter kali dua meter dan memiliki luas empat meter persegi, cukup untuk tempat orang dewasa, serta menjadi mainan anaknya yang belum lahir.

Rumah daripada mi segera