Nama David Rush sering kali tercatat dalam Rekod Buku Guinness. Kali ini dia menambah lagi pencapaiannya apabila berjaya memecah rekod dunia dalam kategori menyusun sabun terbanyak dalam seminit.

Sebuah video menunjukkan aksinya menyusun 30 biji sabun dengan penuh hati-hati.

Menurut Rush, dia menyimpan kuku panjang bagi membolehkannya memegang sabun tersebut.

Mengikut peraturan, sabun tersebut perlu direndam di dalam air selama seminit sebelum ia boleh digunakan dan disusun.

Rush berjaya menyusun 30 biji sabun yang dapat bertahan selama 50 saat sekali gus mengalahkan rekod Buku Guinness sebelum ini iaitu susunan 21 biji sabun.