FLORIDA: Lelaki memasuki kediaman sebuah keluarga di Florida pada suatu pagi, memasak sarapan untuk dirinya dan memberitahu pemilik kediaman tersebut supaya meneruskan tidur mereka.

Pemilik rumah itu memberitahu dia bangun pagi dan menemui lelaki itu sedang memasak dan makan sesuatu di dapurnya sekitar 4 pagi.

Lelaki itu bagaimanapun segera melarikan diri sebaik sahaja penghuni tersebut menghubungi 911.

Pihak polis berjaya mengesan lelaki itu di sebuah rumah terbiar berdekatan kediaman mangsa.

Menurut polis, Gavin Crim, 19 anggota tentera marin memasuki kediaman itu melalui pintu yang tidak berkunci.

Crim ditahan dan dipercayai berada dalam keadaan mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

masuk rumah hanya nak masak sarapan