TEXAS: Restoran Whataburger di Bastrop, Texas menjadi huru-hara gara-gara seekor tikus.

Seorang pengunjung secara kebetulan merakam aksi seekor tikus yang tiba-tiba muncul dan apabila diburu ia melompat masuk ke dalam minyak tempat mengoreng makanan.

Brushawn Lewis yang merakam video itu kemudiannya memuat naik rakaman video itu ke Facebooknya dan ia ditonton 1.4 juta orang kurang 24 jam dan dikongsi 50,000 kali.

Restoran tersebut terpaksa mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka menutup restoran dan menghubungi unit kawalan serangga.

Mereka juga mengumumkan seluruh restoran tersebut dibersihkan.