KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan perlu fokus kepada tugasnya sebagai kerajaan dan tidak perlu risau dengan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika Umno dan Pas menang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kepemimpinan parti akan memutuskan tokoh yang akan menjadi perdana menteri apabila sampai waktunya

Justeru kata Ahli Parlimen Parit Sulong itu, PH tidak perlu bimbang tentang pemimpin pilihan Umno dan Pas apabila ia merampas kembali Putrajaya nanti.

“Setiap hari mereka fikirkan tentang hal ehwal parti lain sedangkan mereka sepatutnya tumpukan perhatian kepada tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan,” katanya pada Himpunan Wanita Penyatuan Ummah 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Beliau membuat komen itu susulan pertanyaan penasihat DAP Lim Kit Siang siapa yang bakal dilantik sebagai perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum nanti.