KUCHING: 275 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di Sarawak ditutup akibat jerebu.

Menurut sumber daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, setakat jam 8.00 pagi ini, 26 Sekolah menengah dan 53 Sekolah rendah di Kuching ditutup.

Sebanyak 18 sekolah menengah dan 78 Sekolah Rendah di Padawan ditutup dan hanya dua buah Sekolah Menengah di Samarahan ditutup.

Bahagian Sri Aman turut menutup lima sekolah menengah dan 36 sekolah rendah manakala di Serian, 13 sekolah rendah ditutup.

Sementara itu, lima sekolah menengah dan 39 sekolah rendah di Betong turut tutup akibat jerebu.