TOKYO: Sebuah pasukan pakar dalam penyelidikan dan pembangunan dari Jepun berjaya mencatat nama dalam Buku Rekod Guinness selepas berjaya menghasilkan kereta animasi terbesar dunia baru-baru ini.

Mereka berjaya mencipta kenderaan yang menyerupai robot animasi setinggi 27 kaki, 9-inci, 14 kaki panjang dan selebar 13 kaki 1 inci.

Syarikat terbabit, Sakakibara Kikai dianugerahkan sijil Rekod Buku Guinness kerana berjaya mencipta kereta dua kaki yang dinamakan MONONOFU.

Salah seorang anggota pasukan tersebut Masaaki Nagumo, memberitahu mereka mengambil masa enam tahun mereka bentuk dan membina kenderaan terbabit yang diilhamkan dari watak animasi kartun dari rancangan televisyen dan filem.