Friday, August 12, 2022

Jambatan Muara Lassa penentu perubahan di Daro dan kawasan sekitar

Secara Rawak

DARO: Jambatan Muara Lassa yang diramsikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam disifatkan sebagai penentu perubahan — game changer — di kawasan terbabit.

Ini  kerana ia bakal mentransformasikan pembangunan dalam pelbagai bidang susulan pembinaan prasarana raksasa menelan kos sekitar RM597 juta itu.

Adun Daro Safiee Ahmad dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah di sini semalam berkata, jambatan sepanjang 2.43 km yang dijangka disiapkan dalam tempoh empat tahun itu akan menjadi ikon pembangunan Daro dan kawasan sekitarnya,.

Ia sekali gus, katanya, akan menamatkan penantian  sekian lama oleh penduduk yang selama ini terpaksa menggunakan perkhidmatan feri.

“Penduduk Daro menaruh harapan tinggi terhadap jambatan ini yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak,” katanya di hadapan sekitar 7,000 penduduk.

Jelasnya lagi, jambatan itu yang mengubah impian menjadi kenyataan, akan mengubah landskap di Daro kerana lokasi yang strategik, berdekatan Pulau Bruit, Tanjung Manis yang mempunyai lapangan terbang dan pelabuhan, berdekatan Bukit Sadok.

Katanya, pihaknya sedang merencana pelbagai projek lagi demi manfaat rakyat di kawasan terbabit termasuk masjid baharu, medan selera dan dewan masyarakat. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru