NANNING: Sekumpulan doktor menemui batu karang di dalam perut seorang kanak-kanak berusia 5 tahun di Nanning, China baru-baru ini.

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan mengalami masalah sakit perut sejak setahun lalu. Doktor akhirnya berjaya mengesan punca sakitnya setelah melakukan ujian lanjut terhadapnya.

Ia disebabkan oleh kehadiran batu karang di dalam perutnya dan doktor mendapati batu itu dipenuhi rambut.

Doktor yang merawatnya mengatakan makanan yang dimakan kanak-kanak itu bercampur dengan rambut yang turut dimakannya menyebabkan ia bertukar menjadi batu.

Pada ketika ini pihak hospital berbincang cara terbaik untuk mengeluarkan batu tersebut tetapi belum melakukan sebarang pembedahan.