Mengapa bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe memilih Indonesia untuk berubat?
Mugabe, 95, meninggal dunia pada Jumaat telah berada di Hospital Gleneagles Singapura.

Mugabe dilaporkan ke Singapura pada April lau selepas keadaan kesihatannya bertambah buruk.

AFP berkata antara sebab Singapura dipilih adalah kerana Kota Singa itu memiliki persekitaran sesuai untuk mereka yang mahukan privasi kerana negara itu tiada budaya paparazi dalam kalangan media yang mengintip dan menjejaki seseorang.

Singapura juga dikatakan mempunyai sistem penjagaan kesihatan antara yang terbaik di dunia, selain mempunyai peraturan ketat mengenai perhimpunan politik.

Mugabe meninggal dunia akibat sakit tua dan telah menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu dikelilingi ahli keluarganya.

Mugabe digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera pada November 2017 yang menamatkan pemerintahannya selama tiga dekad.

Pada 1980, beliau pernah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas memenangi Pilihan Raya Umum pertama Zimbabwe.

Beliau dihimpit skandal rasuah dan didakwa melanggar hak asasi.

Mugabe pernah dipenjarakan selama lebih sedekad tanpa perbicaraan selepas beliau dengan lantang mengkritik kerajaan Rhodesia pada 1964.

Pada 1973, beliau dipilih sebagai Presiden Kesatuan Nasional Afrika Zimbabwe (Zanu) ketika masih berada di dalam penjara.