SONGKHLA: Polis Songkhla menangkap Kong, 68, dipercayai memperkosa lembu hitam berusia 2 tahun di hutan, pada 2 petang di selatan Thailand.

Memetik Thai Rath Online pada Jumaat, polis Hat Yai awalnya menerima aduan penduduk desa setelah pemilik lembu dan beberapa penduduk berjaya menangkap Kong yang masih berbogel.

Kong memarkir keretanya di tepi jalan sekitar 100 meter dari lokasi kejadian.

Polis membawa Kong ke balai untuk siasatan selain mengelak penduduk menghakimi sendiri perbuatan Kong itu.

Ketika dia ditanya Kong tersenyum dan mengaku memperkosa lembu tersebut dua kali sebelum ini.

Kong mengaku meniru perbuatan rakannya yang memperkosa lembu sebelum ini dengan mengikatnya pada pokok.

Seorang penunggang motosikal berusia 50 tahun yang turut membantu menangkap Kong mengaku melihat ada air mani di kaki Kong ketika kejadian.

Air mani juga ditemui pada lembu.

Kong akhirnya hanya didenda 300 baht (RM41) dan dia dibebaskan.

Foto: Thai Rath Online