CATANZARO: Polisi Itali menangkap Agostino Cambareri, 46, yang dikatakan sanggup menjadikan anak kecilnya berumur 8 tahun sebagai pengedar dadah di barat daya Piza.

Kanak-kanak itu didakwa dipaksa membantu kumpulan pendegar dadah yang diketuai ayahnya sendiri.

Kumpulan pengedar itu dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan mafia terkenal – Ndrangheta.

BBC pada Khamis melaporkan, kanak-kanak itu dilatih dapat membezakan jenis dadah yang diperdagangkan.

Agostino ditangkap bersama-sama 13 ahli pengedar dadah lain, yang aktif menjual ganja dan kokain di wilayah barat daya Calabria.