NEW DELHI: Seorang lelaki menunggang motosikal dengan membawa enam penumpang, dua ekor anjing dan seekor ayam.

Rakaman klip video berkenaan menjadi viral di media sosial sehingga membuat netizen ada yang kebingungan dan ada yang berasa lucu.

Klip video lelaki membawa ahli keluarga dan haiwan bersamanya di atas sebuah motosikal dirakam oleh seorang pejalan kaki dan memuat naiknya di internet.