ADELAIDE: Seorang nenek maut akibat dipatuk ayam peliharaannya sendiri semasa dia sibuk mengumpul telur di reban ayam ternakannya.

Wanita selatan Australia itu dipatuk pada bahagian tubuh yang mengalami varises menyebabkannya cedera lalu berdarah dan sukar dihentikan.

Memetik Mirror pada Rabu, ahli patologi Universiti Adelaide Profesor Byard bahawa nenek tersebut mengalami varises itu perlu menjalani pembedahan kecil.

Byard berkata terdapat beberapa haiwan peliharaan yang berbahaya bagi warga emas termasuk kucing.