MIRI: Raja Buah kembali lagi.

Jabatan Pertanian Sarawak buat pertama kalinya akan mengadakan Pesta Buah Durian Kabuloh 2019 di Stesen Penyelidikan Pertanian Kabuloh di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Majlis perasmian akan disempurnakan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 8 september 2019.

Diadakan selama dua hari di Stesen Penyelidikan Pertanian Kabuloh Miri, pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan diadakan.

Ini termasuklah Pameran dan Jualan Miri Kitchen, Lawatan Ke Plot Durian, Demo Membuat Baja Organik, Demo Masakan Berasaskan Durian dan Cabutan Bertuah.

Turut diadakan Pertandingan Kepelbagaian Durian dan Demo Tanaman Durian.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya mereka yang tinggal di Miri dijemput hadir bagi memeriahkan Pesta Durian Kabuloh 2019.