ZHANGGONG: Usaha membersihkan daerah Zhanggong dimulakan oleh pihak penguasa tempatan dengan menawarkan orang ramai wang 5 yuan (RM2.80) untuk seekor tikus.

Kempen ini bertujuan membersihkan persekitaran daerah itu selain mengurangkan penyebaran penyakit bawaan tikus.

Orang ramai yang berjaya menangkap tikus ini diminta membawa hasil tangkapan mereka kepada ketua kampung dan ketua komuniti di kawasan masing-masing.

Mereka dinasihat menggunakan perangkap tikus. Bagi tikus yang sudah mati, badannya mesti masih baru, bukan yang sudah busuk atau hancur.

Semua tikus mesti diserah menggunakan beg yang tertutup rapat.