TANGLER: Seorang pelancong dari United Kingdom berteriak histeria dan begitu marah hanya kerana melihat ayam dikandangi di sebuah pasar di Morocco.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, tertangkap video pendek sedang marah-marah kepada penjual ayam di sebuah pasar tradisional di Kota Tangier.

Dia marah-marah ketika melihat ayam-ayam yang akan dijual tersebut diletakkan di dalam kandang.

“Dia marah besar kerana tindakan bagi dia, tindakan pedagang ayam tersebut tidak berperikemanusiaan. Dia pun menyebut pedagang ayam itu sebagai orang yang tidak berpendidikan sebelum menaiki kandang untuk membebaskan ayam-ayam yang ada di dalamnya,” katanya seperti dipetik media.

Dihimpun detikcom dari beberapa sumber, video yang menampilkan pelancong marah-marah itu pun viral di media sosial Twitter.

Sudah ribuan kali video tersebut ditonton dan disebarkan oleh netizen.

“Adakah kamu tidak sekolah? Kamu tidak dapat membaca ya? Apa kamu bodoh? Apa kamu sebodoh itu,” teriak wanita itu sambil memaki hamun pedagang ayam tersebut.

Dia juga nekad untuk membebaskan ayam-ayam itu hingga tangan si pedagang mahu digigit.

Akhirnya aksi nekad beliau dapat  dihentikan oleh polis setempat yang kemudiannya dibawa ke rumah sakit.