BUNOL: Jalan raya di Buñol, Sepanyol dipenuhi warna merah sepanjang Festival La Tomatina yang disambut setiap tahun di negara itu.

Festival tahun ini menyaksikan sekitar 22,000 orang melontar 145 tan tomato yang sudah masak ke arah satu sama lain.

Festival tomato ini biasanya diadakan pada Rabu terakhir Ogos.

Festival ini bermula sejak 1945 selepas tercetus insiden pergaduhan semasa satu perarakan dan mereka dikatakan melontar tomato ke arah satu sama lain.

Buah tomato ini dikatakan ditanam khas untuk festival ini dan bukannya ditanam untuk tujuan dimakan atau dimasak.