Sunday, September 25, 2022

Naik usia persaraan ke 65 tahun: Syed Saddiq tolak cadangan MTUC

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menaikkan umur persaraan dari 60 ke 65 tahun.

Ketua Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perbandingan dengan negara maju tidak tepat berikutan kadar pengangguran adalah berbeza.

“Kadar pengangguran belia Jepun hanya 3.4 peratus diikuti Singapura (5.9 peratus) dan Jerman (6.2 peratus). Di Malaysia ada 500,000 anak muda yang menganggur (10.7 peratus),’ katanya menerusi status akaun Facebooknya.

“Berikan keutamaan kepada anak muda untuk diberikan pekerjaan dan untuk dinaikkan pangkat berdasarkan merit, bukan sahaja faktor umur,” katanya menerusi status akaun Facebook.

MTUC sebelum ini menggesa kerajaan memperkenalkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan sebanyak RM500 atau lebih kepada pekerja menerusi Bajet 2020, selain meningkatkan had umur persaraan mandatori kepada 65 tahun. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru