BANDUNG: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam satu kemalangan melibatkan 21 buah kenderaan pelbagai jenis di Plaza Tol Purbaleunyi, Bandung, Jawa Barat, Indonesia pada Isnin.

Kecelakaan beruntun itu terjadi di kilometer 92 tol Purbaleunyi, itu tiga orang cedera parah, manakala 25 cedera ringan

Berdasarkan laporan portal-portal berita Indonesia, terdapat sejumlah kenderaan juga terbakar dalam kemalangan yang masih belum dikenal pasti puncanya.

Ketika ini, pasukan keselamatan masih melakukan siasatan selain mengawal kesesakan trafik yang luar biasa ekoran kemalangan yang mencatat sejarah melibatkan kenderaan paling banyak.

Salah seorang pengemudi dump truck JTJ, Subana, bercerita perihal kecelakaan yang menimpanya, di tol Purbaleunyi.

Saat itu, ia tengah mengangkut tanah berpasir. Kemudian, dari belakang temannya yang mengendarai dump truck memintasnya.

“Terus sekitar tiga minit dia menelefon saya. Mas Bana, rem saya blong,” kata Subana menirukan perkataan temannya seperti dipetik Kompas.

Subana kemudian meminta temannya itu berdoa agar truk yang dipandunya dapat berhenti.