AUSTRIA: Pihak polis Austria bekerja keras mencari suspek yang bertanggungjawab mencuri lebih sedozen loceng dari leher lembu yang sedang makan di ladang atau kawasan terbuka.

Orang ramai juga tertanya-tanya dan berasa hairan mengapa pencuri tersebut begitu berminat untuk mencuri loceng pada leher lembu tersebut.

Sehingga kini lebih 13 loceng dilaporkan hilang dengan kos kerugian kurang 1,000 euros.

Biarpun harga loceng tersebut tidak mahal, namun sebahagian besar pemilik lembu ini menganggap loceng itu mempunyai nilai sentimetal bagi mereka.