KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dari Thailand, Nong Fon, 16, meninggal dunia setelah mengalami cirit-birit teruk kerana salad papaya yang dimakannya terdiri daripada acar, ikan dan ketam.

Peristiwa itu berlaku ketika ibunya membelikannya salad papaya sebagai kudapan dan keesokan harinya Non Fon mulai sakit perut dan cirit-birit.

Keadaan Nong Fon memburuk dua hari setelah itu sehingga ia dikejarkan ke hospital.

“Anak saya mengalami cirit-birit bahkan sebelum fajar. Ia semakin teruk, lalu kami memanggil ambulans tetapi kami masih tidak dapat menyelamatkan nyawanya,” kata ayahnya dikutip World of Buzz.

Nong Fon pengsan dalam perjalanan ke rumah sakit, dan paramedis dengan cepat melakukan CPR padanya.

Laporan menunjukkan ia menanggung derita dan wajahnya sangat pucat.
Akhirnya, dia meninggal setelah tiba di Rumah Sakit Soon Buriram.

Doktor menjelaskan bahawa jangkitan saluran pencernaan menyebabkan kematian gadis itu.

Mereka juga percaya bahawa keracunan makanannya disebabkan oleh salad yang dia makan beberapa hari sebelumnya.