Monday, August 15, 2022

Titanic yang karam ditemui hari ini

Secara Rawak

Hari ini tepat 34 tahun lalu, bangkai kapal legendaris Titanic ditemukan. Seperti dilaporkan National Geographic, semalam, ahli oseanografi Amerika Syarikat (AS) Robert D Ballard bersama-sama dengan ilmuwan Perancis, Jean-Louis Michel memimpin ekspedisi pencarian Titanic.

Sebelumnya, Ballard pernah memimpin ekspedisi serupa pada tahun 1977.

Usaha pertamanya ini tidak mendatangkan hasil.

Namun dia tidak mudah menyerah kalah.

Pada tahun 1985, Ballard beserta pasukannya mencuba untuk kali kedua.

Foto: Amazon.com

Kali ini ia menggunakan kapal selam tak mempunyai anak kapal yang dikenali sebagai Argo.

History menyatakan, tepat pada pagi tanggal 1 September, kapal Argo yang ketika itu sedang menyelidiki keberadaan puing-puing di dasar laut tiba-tiba melewati salah satu boiler raksasa Titanic.

Penemuan itu pun kemudian membawa harapan baharu bagi Ballard.

Hari berikutnya, bangkai kapal berhasil ditemukan di kedalaman hampir 4,000 meter di dasar laut dalam keadaan terbelah menjadi dua.

Bangkai kapal terletak sejauh 612 kilometer di sebelah tenggara Newfoundland atau di perairan antarabangsa.

Titanic tenggelam pada 14 April 1912 .

Kapal penumpang bertenaga wap buatan Britain merupakan kapal terbesar sepanjang 269 meter dan termewah ketika itu.

Sebanyak 1,514 penumpang daripada pelbagai lapisan masyarakat berkubur di dasar laut. Jumlah keseluruhan penumpang ketika itu ialah 2,224 orang, bermaksud 68 peratus terkorban di lautan dingin.

Kapal penyelamat, Carpathia merapat ke dermaga pada pukul 21:30, 18 April 1912 di Pier 54 new york dan disambut oleh sekitar 40,000 yang menunggu di sisi dermaga dalam keadaan hujan lebat.

Ketibaan kapal itu di New York menarik perhatian wartawan akhbar yang berlumba-lumba melaporkan kisah penumpang Titanic yang selamat. Sejumlah wartawan terpaksa merasuah pegawai pelabuhan untuk naik ke atas kapal Carpathia, menemui komanden yang menakhodai kapal tersebut ke pelabuhan.

Ketika itu, masalah utama adalah mencari dan menemui bangkai yang berada di kedalaman 12,000 kaki di bawah permukaan laut.

Banyak ekspedisi dilakukan untuk mencarinya tetapi gagal.

Tragedi berkenaan telah melahirkan banyak buku dan filem termasuk A Night To Remember tahun 1958 dan filem Titanic yang diarahkan oleh James Cameron.

Sekurang-kurangnya 20 judul buku diterbitkan mengenai tragedi berkenaan dalam bahasa Inggeris.

Artifak kapal Titanic dipamerkan di National Maritime Museum di Greenwich, Britain.
Marseyside Maritime Muzium

Tugu turut dibina di Amerika Syarikat, London dan Ireland Utara bagi mengingati tragedi dan kehebatan kapal berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru