Kedai serbaguna Carrefour di Emiriyah Arab Bersatu berjaya memecah rekod dunia selepas menghasilkan tugu botol sos setinggi 11 kaki.

Pengusaha kedai terbabit bekerjasama dengan Syarikat Heinz menjayakan projek ini.

Mereka menggunakan 883 biji botol sos dan 52 sukarelawan mengambil masa 48 jam menyiapkannya.

Tugu botol ini dihasil menggunakan sos jenama Heinz yang dikenali sebagai “Edchup,” yang direka oleh penyanyi terkenal UK iaitu Ed Sheeran yang merupakan peminat sos jenama Heinz.