MALLORCA: Tujuh maut apabila sebuah helikopter dan sebuah pesawat ultra-ringan bertembung di ruang udara dekat Inca, di utara pulau pelancongan popular di Mallorca, Sepanyol.

Sumber menyebut, dua mangsa termasuk dua anak bawah umur.

Presiden Mallorca Francina Armengol mengatakan pasukan darurat bekerja di lokasi kejadian.

BBC memetik laporan akhbar setempat Diario De Mallorca pada Isnin pelanggaran tersebut berlaku di ruang udara hospital dekat Inca sekitar 1.36 petang waktu setempat.

Foto yang disiarkan menunjukkan serpihan pesawat bertaburan di kota dengan bahagian ekor pesawat berada di atas jalan raya.

Sementara foto lain menunjukkan terdapat logam bengkok dan hitam terbakar di taman serta sisa serpihan turut bertaburan di kawasan pertanian terdekat.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez merakamkan rasa simpati kepada keluarga mangsa korban.