SIBU: Persatuan Usahawan Mara Sibu (PUSMAS) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sibu telah bekerjasama dengan memberikan sumbangan derma kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia Jaya pada Sabtu lalu.

Pengerusi PUSMAS, Selohi@Sarbini Haji Awai berkata, ” Sumbangan ini merupakan satu tanggungjawab sosial korporat antara kami dan pihak MARA .

Jelasnya, “Sumbangan merupakan barangan keperluan asas dapur diharap mampu meringankan beban kepada mangsa-mangsa kebakaran ini.”

Pengurus MARA Sibu, Ku Syafizal Ku Choh berkata , ” Sumbangan ini merupakan satu tanggungjawab sosial korporat daripada kami, dan diharapkan kepada mangsa -mangsa bertabah dan semoga Allah S.W.T dapat memudahkan urusan kita semua.”

Lokasi sumbangan dilakukan di Bilit Maklumat JKKK Fasa 2 , Kampung Bahagia Jaya dan kedatangan pihak PUSMAS dan MARA disambut oleh Pengerusinya , Ismail Amir yang turut memberikan taklimat kepada para hadirin.

Kebakaran di Kampung Bahagia Jaya Fasa 2 ini telah berlaku pada 7 Ogos lepas dan telah melibatkan tiga buah rumah.

Pengerusi PUSMAS , Selohi @Sarbini Awai telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa
Pengerusi JKKK Kampung Bahagia Fasa 2, Ismail Amir
Pengurus MARA Sibu, Ku Syafizal Ku Choh
Ismail Amir memberikan sedikit taklimat kepada tetamu
Antara tetamu yang hadir